Monday, September 5, 2011

Mat Indera memang wira

Saya rasa sudah agak pasti, bahawa mengikut sumber PKM, Mat Indera pernah menjadi ahli PKM. Jadi dia memang pernah "masuk komunis", walaupun tidak semestinya dia faham ideologi komunis dengan mendalam dan berpegang pada ideologi tersebut.

Memang agak pasti juga bahawa Mat Indera terlibat dalam penyerangan ke atas balai polis Bukit Kepong, dan mungkin benar dialah yang dikatakan "mengetuai" penyerangan tersebut.

Akan tetapi, jika sekirannya benar dia melakukan serangan itu bersama pasukan tentera pembebasan nasional (tentera PKM), apakah salahnya dia diberi gelaran sebagai "wira", kerana yang diserangnya ialah balai polis yang memang merupakan "lambang kuasa" penjajah di kawasan luar bandar?

Pada zaman penjajahan, menyerang sebuah balai polis yang merupakan lambang kuasa penjajah itu memang boleh disamakan dengan menyerang penjajah.

Melakukan serangan bersama-sama pasukan tentera PKM pula tetap melayakkan Mat Indera digelar wira, kerana tentera PKM pun berjuang untuk menentang penjajah.

No comments:

Post a Comment