PEMBEBASAN
Demi kebenaran dan keadilan
Wednesday, June 12, 2013
Monday, September 5, 2011
Mat Indera memang wira
Saya rasa sudah agak pasti, bahawa mengikut sumber PKM, Mat Indera pernah menjadi ahli PKM. Jadi dia memang pernah "masuk komunis", walaupun tidak semestinya dia faham ideologi komunis dengan mendalam dan berpegang pada ideologi tersebut.
Memang agak pasti juga bahawa Mat Indera terlibat dalam penyerangan ke atas balai polis Bukit Kepong, dan mungkin benar dialah yang dikatakan "mengetuai" penyerangan tersebut.
Akan tetapi, jika sekirannya benar dia melakukan serangan itu bersama pasukan tentera pembebasan nasional (tentera PKM), apakah salahnya dia diberi gelaran sebagai "wira", kerana yang diserangnya ialah balai polis yang memang merupakan "lambang kuasa" penjajah di kawasan luar bandar?
Pada zaman penjajahan, menyerang sebuah balai polis yang merupakan lambang kuasa penjajah itu memang boleh disamakan dengan menyerang penjajah.
Melakukan serangan bersama-sama pasukan tentera PKM pula tetap melayakkan Mat Indera digelar wira, kerana tentera PKM pun berjuang untuk menentang penjajah.

Friday, March 25, 2011
Makalah tentang Mat Indera
Beberapa hari yang lalu saya menghubungi En.Baharom Indera, adik Mat Indera yang tinggal di Bandar Tun Razak.
Beliau memberi tahu ada makalah tentang Mat Indera dalam buku yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor. Saya telah mencari dan telah dapat membaca makalah tersebut.
Sebuah makalah yang menarik, dan mungkin merupakan satu-satunya makalah penting tentang Mat Indera yang ada setakat ini.

Monday, February 28, 2011
Mat Indera keturunan pahlawan Siak?
Ada maklumat yang menyatakan bahawa leluhur Mat Indera adalah berasal dari Siak, malah seorang pahlawan Siak.
Jika fakta ini benar, Mat Indera bukanlah sebarang orang, kerana ia keturunan pahlawan.
Sehubungan itu, memang menarik jika dapat diketahui siapakah yang datang ke Tanah Melayu pada masa itu? Datuknya, atau moyangnya atau siapa?
Menarik juga jika dapat diketahui leluhurnya itu seorang pedagang atau seorang orang pelarian? Apakah pekerjaannya selepas sampai ke Tanah Melayu: berniaga, bertani atau apa?
Juga menarik jika dapat diketahui di manakah leluhurnya itu menetap dan di manakah kuburnya?

Wednesday, February 23, 2011
Mat Indera dan Bintang Tiga
Dari cerita lisan yang tersebar pada masa yang lalu, Mat Indera dikatakan adalah salah seorang yang mempunyai "hubungan" dengan Bintang Tiga, dan sesetengah pihak melabelkan beliau sebagai tali barut Bintang Tiga.
Walaupun belum ada kepastian tentang hal ini, saya ingin menafsirkan bahawa pada zaman Jepun (1942-1945) Mat Indera mungkin menyertai gerakan MPAJA, iaitu satu gerakan yang tujuan utamanya adalah untuk menentang Jepun.
Apabila Jepun kalah pada tahun 1945, satu bahagian daripada MPAJA , yang lebih dikenali sebagai Bintang Tiga, cuba mengambil alih pemerintahan Malaya selama 14 hari. Dalam tempoh itu anggota Bintang Tiga , yang umumnya terdiri daripada orang Cina, telah membunuh ramai orang Melayu yang sebelumnya mereka anggap bekerjasama dengan Jepun. Ini membawa kepada timbulnya perang Melayu-Cina di pelbagai tempat, yang paling dahsyat barangkali di Batu Pahat dan Sungai Manik.
Dalam hubungan ini, yang tidak jelas adalah bagaimanakah sikap dan tindakan Mat Indera ketika timbulnya perang Melayu-Cina itu. Adakah dia berpihak di sebelah Bintang Tiga atau bagaimana?
Pemimpin Melayu PKM di tempat lain yang ada hubungan dengan MPAJA/Bintang Tiga, seperti Abdullah C.D dan Rashid Maidin di Perak dan Kamarulzaman Teh di Pahang cuba memainkan peranan sebagai pendamai, atau cuba meleraikan perkelahian antara orang Melayu dengan orang Cina.
Kamarulzaman Teh malah memainkan peranan sebagai penyelamat. Dia banyak menyelamatkan orang Melayu daripada dibunuh oleh Bintang Tiga, kerana sebelumnya dia pun salah seorang penyokong MPAJA dan orang kuat MPAJA.
Dalam hal ini, saya belum jelas dan belum ada maklumat tentang sikap, pendirian dan tindakan Mat Indera pada masa Bintang Tiga memerintah dalam masa 14 hari itu.
Adakah misalnya dia cuba melindungi orang Melayu daripada dibunuh oleh Bintang Tiga, lepas tangan atau tidak mampu berbuat apa-apa?
Atau adakah bukti yang menunjukkan dia telah cuba menolong orang Melayu supaya tidak dibunuh oleh Bintang Tiga?
Mungkin orang yang lebih tahu, atau ada maklumat tentang hal ini, boleh memberi maklumat dan berkongsi maklumat dengan kita.

Monday, February 21, 2011
Adakah Mat Indera seorang komunis?
Ketika melaporkan serangan yang diketuai oleh Mat Indera ke atas balai polis Bukit Kepong pada zaman darurat dahulu, akhbar Melayu melabelkan penyerang itu sebagai "penjahat", sementara akhbar Inggeris pula melabelkan mereka sebagai "bandit".
Akan tetapi, kita tahu serangan itu dilakukan oleh pasukan gerila yang mempunyai hubungan dengan Parti Komunis Malaya (PKM), malah mereka boleh dikatakan bahagian tentera PKM.
Oleh itu, adakah Mat Indera seorang komunis?
Untuk menjawab soalan ini, kita barangkali perlu meneliti dua perkara berikut:
1) Adakah Mat Indera seorang yang berpegang kepada ideologi komunis? Saya rasa kita tidak pasti, dan mungkin tidak ada sesiapa yang boleh menjawab soalan ini.
2) Adakah Mat Indera seorang ahli parti komunis (PKM)? Saya masih mencari jawapan terhadap soalan ini. Kemungkinannya ada, tapi belum pasti.
Bagaimanapun, yang pasti Mat Indera adalah seorang pemimpin gerila yang merupakan bahagian tentera PKM, dan tentunya berada di bawah pimpinan dan arahan PKM.
Jadi sama ada dia seorang komunis atau tidak, barangkali masih memerlukan penyelidikan dan pembuktian.
Keluarga beliau barangkali tidak bersetuju beliau dilabelkan sebagai seorang komunis. Apatah lagi beliau adalah seorang yang mempunyai pendidikan agama dan pernah pula menjadi guru agama.
Ada pula cerita yang menyatakan bahawa beliau telah diperdayakan oleh orang Cina, dan sebab itulah beliau menyertai pasukan gerila yang berada di bawah arahan PKM itu.
Semua ini barangkali masih memerlukan penyelidikan yang lebih lanjut.

Salam Perkenalan
Salam,
Saya wujudkan blog ini dengan tujuan utama untuk mengumpulkan seberapa banyak maklumat, pandangan, dan penilaian dan apa saja yang berkaitan dengan Mat Indera, seorang "komunis Melayu" yang dikatakan menjadi ketua satu kumpulan komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada zaman darurat dahulu.
Saya akan mengisi blog ini dengan maklumat yang saya perolehi dari semasa ke semasa. Sementara itu, saya mengalu-alukan maklumat tambahan dan komen daripada anda yang mungkin singgah di blog ini.
Saya ada rancangan untuk menulis buku tentang Mat Indera pada masa hadapan. Akan tetapi, sama ada ini dapat dilakukan atau tidak, tergantunglah kepada bahan yang boleh diperolehi. Mudah-mudahan ada yang sudi membantu dengan ikhlas, demi menyatakan "kebenaran".

Subscribe to:
Comments (Atom)